Jumaat, 30 Oktober 2026
TERKINI
Longkang tidak dibersih punca banjir kilat di Taman Indah KLIA, SepangPRN Melaka: Kerk berdepan cabaran sengit pertahan Ayer Keroh, Gerakan diuji isu 'perpaduan Melayu'Kiandee persoal Bersatu: Pecat juga Muhyiddin dan lima Ahli Parlimen yang tandatangani CSA?Pembinaan pertahanan di Sabah bukan tindak balas terhadap Filipina – KhaledPeruntukan jalan luar bandar naik hampir tiga kali ganda, projek tidak dibatalkan – Tengku ZafrulPulau Pinang unjur defisit bajet terendah RM5.26 juta bagi 2027Mahkamah Tinggi Shah Alam benar bekas olimpik simpan tiga kucing di kondominiumPersiapan Deepavali rancak di seluruh negara, pasar dan kedai mula dibanjiri pengunjungPindaan UUCA dibentang Disember, kerajaan kaji nyahklasifikasi dokumen sejarahPolis siasat paparan kandungan lucah pada LED milik Majlis Perbandaran Kluang

“Umno nafi ada perbincangan dengan Pas bentuk kerjasama” – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR: Umno menafikan adanya dakwaan mengenai perbincangan di antara pemimpin mereka dengan Pas untuk membentuk kerjasama.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, menyatakan bahawa perbincangan yang disebut-sebut mungkin hanya terjadi dalam kalangan ahli atau penyokong, bukan melibatkan kepimpinan kedua-dua parti.

“Saya Setiausaha Agung Umno, saya tidak tahu. Kalau mahu berbincang kena berbincang dengan kepimpinan.

“Dia mahu berbincang, dia boleh berbincang dengan ahli. Semua orang boleh berbincang.

“Seperti juga saya dengar pemimpin Pas berbincang dengan pemimpin PH (Pakatan Harapan). Kita negara yang sentiasa mengamalkan demokrasi, semua orang boleh berbincang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Mesyuarat Penyelarasan Barisan Nasional-Pakatan Harapan (BN-PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan di Menara Dato’ Onn, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Operasi Pilihan Raya BN DUN Neggeri, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Pengarah Operasi Pilihan Raya PH Kelantan, Adly Zahari.

Isu ini muncul selepas media melaporkan mengenai beberapa siri perbincangan di antara pemimpin Pas dan Umni untuk membincangkan kemungkinan kerjasama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Perkara itu didedahkan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari, yang mendedahkan beberapa siri pertemuan bersama pemimpin Umno kerap berlaku ketika ini.

Pertemuan itu dakwanya dibuat secara tidak formal membabitkan pemimpin utama kedua-dua parti sekali gus dilihat mempunyai harapan dalam menyatukan kembali undi Melayu yang kini berpecah teruk.

Sebelum ini, Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyatakan bahawa Umno tidak akan bekerjasama dengan Pas selagi Abdul Hadi Awang menjadi Presiden Pas, merujuk kepada pengalaman bekerjasama yang tidak memuaskan di masa lalu antara kedua-dua parti tersebut.

Topikpasumno

Berita berkaitan