Jumaat, 30 Oktober 2026
TERKINI
Longkang tidak dibersih punca banjir kilat di Taman Indah KLIA, SepangPRN Melaka: Kerk berdepan cabaran sengit pertahan Ayer Keroh, Gerakan diuji isu 'perpaduan Melayu'Kiandee persoal Bersatu: Pecat juga Muhyiddin dan lima Ahli Parlimen yang tandatangani CSA?Pembinaan pertahanan di Sabah bukan tindak balas terhadap Filipina – KhaledPeruntukan jalan luar bandar naik hampir tiga kali ganda, projek tidak dibatalkan – Tengku ZafrulPulau Pinang unjur defisit bajet terendah RM5.26 juta bagi 2027Mahkamah Tinggi Shah Alam benar bekas olimpik simpan tiga kucing di kondominiumPersiapan Deepavali rancak di seluruh negara, pasar dan kedai mula dibanjiri pengunjungPindaan UUCA dibentang Disember, kerajaan kaji nyahklasifikasi dokumen sejarahPolis siasat paparan kandungan lucah pada LED milik Majlis Perbandaran Kluang

Tun Mahathir lawat Faisal Halim

KUALA LUMPUR: Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim mengungkapkan kejutan dan terharunya apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, melawat rumahnya hari ini.

Kunjungan tersebut memberinya semangat tambahan untuk pulih daripada kecederaan akibat disimbah asid pada bulan Mei lalu.

“Tidak pernah terjangka untuk menerima kunjungan dari insan hebat hari ini. Terima kasih Tun Dr Mahathir Mohamad sudi meluangkan masa untuk menziarahi saya sekeluarga.

“InsyaAllah, saya akan terus cekal dan berusaha keras untuk kembali suatu hari nanti. Terima kasih semua kerana terus mendoakan,” tulis Faisal atau dikenali sebagai Mickey di laman instagramnya.

Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan saya,” tulis Faisal, yang dikenali sebagai Mickey di laman Instagramnya.

Beliau membuat kemunculan pertama selepas kejadian itu dalam sidang media di pusat latihan Selangor.

Proses pemulihannya dari kecederaan serius tersebut melibatkan empat pembedahan dan dijangka memerlukan masa sehingga enam bulan sebelum dapat kembali menjalani latihan bersama pasukan.

Tun Dr Mahathir, dalam kenyataannya, mengecam keras tindakan kejam tersebut dan menuntut tindakan undang-undang segera terhadap mereka yang bertanggungjawab.

Topikfaisal halimTun Mahathir

Berita berkaitan