Jumaat, 30 Oktober 2026
TERKINI
Longkang tidak dibersih punca banjir kilat di Taman Indah KLIA, SepangPRN Melaka: Kerk berdepan cabaran sengit pertahan Ayer Keroh, Gerakan diuji isu 'perpaduan Melayu'Kiandee persoal Bersatu: Pecat juga Muhyiddin dan lima Ahli Parlimen yang tandatangani CSA?Pembinaan pertahanan di Sabah bukan tindak balas terhadap Filipina – KhaledPeruntukan jalan luar bandar naik hampir tiga kali ganda, projek tidak dibatalkan – Tengku ZafrulPulau Pinang unjur defisit bajet terendah RM5.26 juta bagi 2027Mahkamah Tinggi Shah Alam benar bekas olimpik simpan tiga kucing di kondominiumPersiapan Deepavali rancak di seluruh negara, pasar dan kedai mula dibanjiri pengunjungPindaan UUCA dibentang Disember, kerajaan kaji nyahklasifikasi dokumen sejarahPolis siasat paparan kandungan lucah pada LED milik Majlis Perbandaran Kluang

Tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat kekalkan kerusi enam ahli parlimen tidak pelik

KUALA LUMPUR: Keputusan Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul untuk mengekalkan enam kerusi Parlimen bekas ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meskipun keanggotaan mereka telah dibatalkan, telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam arena politik negara.

Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Wan Rohila Ganti Wan Abdul Ghapar, tindakan Johari merupakan ujian kepada sistem demokrasi berparlimen di Malaysia dan juga menunjukkan kecekapan beliau dalam memahami undang-undang.

“Selain itu, ia memperlihatkan bagaimana pemimpin parti berpandangan sama ada mahu terus bermain di sudut undang-undang atau mahu bermain di padang politik.

“… yang kita nampak sekarang ialah mereka (pemimpin Bersatu) tidak lihat perkara ini daripada roh kestabilan politik tetapi lebih kepada kepentingan politik,” katanya ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara bertajuk Status 6 MP Bersatu Akur atau Cabar Keputusan Speaker?.

Beliau menegaskan bahawa keputusan itu bukanlah satu perkara yang pelik dan sudah dijangka oleh ramai pemerhati politik.

Wan Rohila Ganti Wan Abdul Ghapar turut menambah, tindakan itu juga mencerminkan pendirian pemimpin parti dalam menangani isu undang-undang dan politik.

Baginya, pemimpin Bersatu sepatutnya melihat isu ini dari sudut kestabilan politik daripada kepentingan politik semata-mata.

“Kita kena tengok juga keputusan Speaker ini, mungkin menjadi panduan kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) di 13 negeri sebab setiap DUN ada Speaker serta enakmen masing-masing dan mereka akan berpandu kepada keputusan Speaker.

“Walaupun tiada keperluan untuk mereka ikut keputusan Speaker namun di sinilah kemampuan dan kematangan Speaker teruji dan saya melihat keputusan Speaker ini adalah untuk tidak membawa Parlimen ke belakang yang menyebabkan perlunya kekosongan kerusi untuk Pilihan Raya Kecil walhal perlembagaan parti hanyalah sekadar ‘hujung kuku’ di mata Perlembagaan Persekutuan dan tak terpakaipun untuk Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Minggu lepas, Johari memutuskan bahawa enam bekas Ahli Parlimen Bersatu yang mengisytiharkan sokongan kepada Anwar Ibrahim tetap kekal sebagai wakil rakyat tanpa perlu mengosongkan kerusi mereka.

Keputusan ini berdasarkan interpretasi bahawa pindaan perlembagaan Bersatu bertentangan dengan peraturan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan Parlimen.

Ketua Sekretariat Media Perpaduan, Datuk Lokman Noor Adam menegaskan bahawa Perlembagaan Persekutuan mempunyai kedudukan yang ‘lebih besar’ berbanding perlembagaan mana-mana parti politik.

Oleh itu, menurut beliau, tiada sebab untuk mempersoalkan keputusan Johari dalam mengekalkan kerusi mereka.

Topikahli parlimenDewan Rakyat

Berita berkaitan