Jumaat, 30 Oktober 2026
TERKINI
Longkang tidak dibersih punca banjir kilat di Taman Indah KLIA, SepangPRN Melaka: Kerk berdepan cabaran sengit pertahan Ayer Keroh, Gerakan diuji isu 'perpaduan Melayu'Kiandee persoal Bersatu: Pecat juga Muhyiddin dan lima Ahli Parlimen yang tandatangani CSA?Pembinaan pertahanan di Sabah bukan tindak balas terhadap Filipina – KhaledPeruntukan jalan luar bandar naik hampir tiga kali ganda, projek tidak dibatalkan – Tengku ZafrulPulau Pinang unjur defisit bajet terendah RM5.26 juta bagi 2027Mahkamah Tinggi Shah Alam benar bekas olimpik simpan tiga kucing di kondominiumPersiapan Deepavali rancak di seluruh negara, pasar dan kedai mula dibanjiri pengunjungPindaan UUCA dibentang Disember, kerajaan kaji nyahklasifikasi dokumen sejarahPolis siasat paparan kandungan lucah pada LED milik Majlis Perbandaran Kluang

Tiga syarikat baharu dilantik laksana perkhidmatan pemeriksaan kenderaan bermotor

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MOT) telah meluluskan tiga syarikat baharu untuk melaksanakan Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM), selain Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata pelantikan itu dibuat selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Mac 2023 yang bersetuju membuka perkhidmatan pemeriksaan kenderaan motor yang diwajibkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] kepada syarikat-syarikat lain yang berkelayakan.

“Bagi fasa pertama, sebanyak tiga syarikat baharu terbabit iaitu syarikat Wawasan Bintang Sdn Bhd yang berada di Pelabuhan Klang, Selangor; Gua Musang, Kelantan dan Mersing, Johor.

“Syarikat kedua adalah Pakatan Petroleum Sdn Bhd yang berada di Rawang, Selangor dan Temerloh, Pahang; manakala satu lagi syarikat ialah Beriman Gold Sdn Bhd yang berada di Kuching dan Serian, Sarawak,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Loke berkata, pemilihan syarikat-syarikat ini dibuat berdasarkan kriteria utama seperti kedudukan kewangan yang kukuh, dengan modal berbayar minimum RM10 juta, berstatus Sendirian Berhad, dan pemilikan tempatan.

Keputusan ini juga selaras dengan langkah kerajaan yang memutuskan PUSPAKOM tidak lagi menjadi satu-satunya badan yang menawarkan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan motor sejak tahun lalu.

TopikMOTPUSPAKOM

Berita berkaitan