Jumaat, 30 Oktober 2026
TERKINI
Longkang tidak dibersih punca banjir kilat di Taman Indah KLIA, SepangPRN Melaka: Kerk berdepan cabaran sengit pertahan Ayer Keroh, Gerakan diuji isu 'perpaduan Melayu'Kiandee persoal Bersatu: Pecat juga Muhyiddin dan lima Ahli Parlimen yang tandatangani CSA?Pembinaan pertahanan di Sabah bukan tindak balas terhadap Filipina – KhaledPeruntukan jalan luar bandar naik hampir tiga kali ganda, projek tidak dibatalkan – Tengku ZafrulPulau Pinang unjur defisit bajet terendah RM5.26 juta bagi 2027Mahkamah Tinggi Shah Alam benar bekas olimpik simpan tiga kucing di kondominiumPersiapan Deepavali rancak di seluruh negara, pasar dan kedai mula dibanjiri pengunjungPindaan UUCA dibentang Disember, kerajaan kaji nyahklasifikasi dokumen sejarahPolis siasat paparan kandungan lucah pada LED milik Majlis Perbandaran Kluang

Tajuk portal cetus salah faham menyebabkan Siti Nurhaliza dikecam

Baru-baru ini, Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 45, berkongsikan kisah dirinya dikecam kerana tajuk berita yang ditulis oleh sesetengah media yang mengundang kepada salah faham.

Baru-baru ini, Datuk Siti telah diwawancara oleh pihak media dan ditanyakan mengenai pendapatnya tentang kempen #Blockout2024. Beliau menegaskan bahawa semua orang ada cara masing-masing dalam membantu saudara Islam di Tebing Barat Tanah Arab itu.

Oleh itu, beliau mengharapkan agar cara menegur orang lain diperbetulkan mengikut acuan ajaran agama.

“Saya dah cakap dari awal saya taknak sentuh bab orang lain..saya percaya masing2 ada cara..saya hanya minta perbetulkan cara kita sahaja..cara menegur. Itu pun kerana saya respons kepada soalan wartawan. “Bila ditulis dalam bentuk tajuk berita dan tulisan, dah jadi lain dan persepsi orang juga lain..dah saya pulak kena kecam,” kata Datuk Siti dalam hantarannya di sosial media.

Datuk Siti juga menerangkan bahawa beliau dan pasukan Yayasan Nurjiwa mempunyai tanggungjawab dan kerja yang telah mereka lakukan untuk membantu saudara di Gaza sejak November 2023. Malah, sejak tahun 2021 juga, Datuk Siti dan yayasan ini telah menyalurkan bantuan untuk sekolah Afwa Al Afiyah di sana.

Menurut Datuk Siti, segala kemas kini dan maklumat lanjut berkaitan bantuan yang diberikan oleh pasukan ini boleh diikuti di laman sosial media seperti TikTok @nurjiwa_foundation.

“Saya tak perlu hebahkan apa kerja saya buat tetapi saya mahu anda bersama-sama..ini adalah sumbangan kita bersama-sama.

“Alhamdulillah bantuan kita sampai terus ke sana, manfaat diberikan dalam pelbagai bentuk bantuan dari mereka di sebelah utara, berpindah ke selatan, berpindah pula ke Rafah dan kini terbaharu @dr.mohanad.ak wakil kami membawa anak-anak Afwa Al Afiyah, keluarga dan penduduk di kem sekitar Rafah ke kawasan berlindung lain pula,” ujar Datuk Siti lagi.

Berita berkaitan