Jumaat, 30 Oktober 2026
TERKINI
Longkang tidak dibersih punca banjir kilat di Taman Indah KLIA, SepangPRN Melaka: Kerk berdepan cabaran sengit pertahan Ayer Keroh, Gerakan diuji isu 'perpaduan Melayu'Kiandee persoal Bersatu: Pecat juga Muhyiddin dan lima Ahli Parlimen yang tandatangani CSA?Pembinaan pertahanan di Sabah bukan tindak balas terhadap Filipina – KhaledPeruntukan jalan luar bandar naik hampir tiga kali ganda, projek tidak dibatalkan – Tengku ZafrulPulau Pinang unjur defisit bajet terendah RM5.26 juta bagi 2027Mahkamah Tinggi Shah Alam benar bekas olimpik simpan tiga kucing di kondominiumPersiapan Deepavali rancak di seluruh negara, pasar dan kedai mula dibanjiri pengunjungPindaan UUCA dibentang Disember, kerajaan kaji nyahklasifikasi dokumen sejarahPolis siasat paparan kandungan lucah pada LED milik Majlis Perbandaran Kluang

Siasatan dakwaan salah laku Afdlin Shauki sudah di peringkat akhir – Dr Zaliha

KUALA LUMPUR: Siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku yang dikaitkan dengan pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Afdlin Shauki, mengenai perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini berada di peringkat akhir.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, berkata setakat ini beliau masih belum menerima taklimat rasmi daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkenaan hasil siasatan tersebut.

“Saya akan menentukan tarikh yang sesuai untuk mendengar taklimat itu yang dijangka diadakan secepat mungkin.

“Saya pasti ramai yang tahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga sedang menyiasat kes ini dan kita akan beri kerjasama sepenuhnya kepada pihak penguat kuasa yang bertanggungjawab,” katanya pada majlis perasmian Karnival Sukan Sempena Hari Wilayah Persekutuan 2025 di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa DBKL telah memulakan siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku melibatkan seorang ahli lembaga penasihat yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta.

Maimunah mengesahkan siasatan itu dan berkata DBKL sedang bekerjasama rapat dengan unit integriti mereka.

Dakwaan tersebut tular di media sosial sejak hujung bulan lalu, melibatkan pelanggaran proses tadbir urus berkaitan perolehan projek kerja penerbitan bahan kreatif untuk DBKL yang didakwa tidak diberikan melalui tender terbuka.

Dalam kenyataan susulan di media sosial, Afdlin menafikan dakwaan salah laku dalam perolehan projek di bawah DBKL.

Dakwa Afdlin, isu berkenaan sengaja dimainkan untuk memburukkan namanya.

TopikDBKLWilayah

Berita berkaitan