Jumaat, 30 Oktober 2026
TERKINI
Longkang tidak dibersih punca banjir kilat di Taman Indah KLIA, SepangPRN Melaka: Kerk berdepan cabaran sengit pertahan Ayer Keroh, Gerakan diuji isu 'perpaduan Melayu'Kiandee persoal Bersatu: Pecat juga Muhyiddin dan lima Ahli Parlimen yang tandatangani CSA?Pembinaan pertahanan di Sabah bukan tindak balas terhadap Filipina – KhaledPeruntukan jalan luar bandar naik hampir tiga kali ganda, projek tidak dibatalkan – Tengku ZafrulPulau Pinang unjur defisit bajet terendah RM5.26 juta bagi 2027Mahkamah Tinggi Shah Alam benar bekas olimpik simpan tiga kucing di kondominiumPersiapan Deepavali rancak di seluruh negara, pasar dan kedai mula dibanjiri pengunjungPindaan UUCA dibentang Disember, kerajaan kaji nyahklasifikasi dokumen sejarahPolis siasat paparan kandungan lucah pada LED milik Majlis Perbandaran Kluang

“Shidee ditahan semalam”- pengurus

Kuala Lumpur : “Ya, Shidee adalah individu yang ditahan polis semalam,” kata pengurus peribadi kepada penyanyi popular era 1980-an, Shidee iaitu Efeendy R Azmi mengesahkan mengenai penahanan penyanyi itu yang didakwa memukul abang iparnya di sebuah flat perumahan di Bandar Tun Razak, di sini, semalam.

Efeendy ketika dihubungi berkata, buat masa ini dia tidak dapat memberikan sebarang kenyataan berhubung penahanan Shidee.

“Saya mohon maaf. Sekarang ini saya berada di Thailand untuk urusan kerja. Namun, saya sudah berhubung dengan keluarga Shidee bagi mengetahui insiden yang berlaku.

“Bagaimanapun, saya tidak boleh berkongsi sebarang maklumat mengenai kejadian itu kerana masih dalam proses siasatan polis,” katanya.

Menurut Fendy, dia berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung tangkapan yang dibuat ke atas penyanyi yang popular dengan lagu Sayang Semuanya Sudah Terlambat itu.

“Saya mohon orang luar tidak membuat sebarang spekulasi kerana ia hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.

“Biarlah pihak berkuasa melengkapkan siasatan berhubung kes ini terlebih dahulu,”katanya.

Terdahulu, polis menahan artis veteran yang didakwa memukul abang iparnya selepas berlaku perselisihan faham.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, penyanyi itu direman empat hari bermula hari ini hingga 28 Mac ini bagi membantu siasatan.

Topikditahanshidee

Berita berkaitan