Jumaat, 30 Oktober 2026
TERKINI
Longkang tidak dibersih punca banjir kilat di Taman Indah KLIA, SepangPRN Melaka: Kerk berdepan cabaran sengit pertahan Ayer Keroh, Gerakan diuji isu 'perpaduan Melayu'Kiandee persoal Bersatu: Pecat juga Muhyiddin dan lima Ahli Parlimen yang tandatangani CSA?Pembinaan pertahanan di Sabah bukan tindak balas terhadap Filipina – KhaledPeruntukan jalan luar bandar naik hampir tiga kali ganda, projek tidak dibatalkan – Tengku ZafrulPulau Pinang unjur defisit bajet terendah RM5.26 juta bagi 2027Mahkamah Tinggi Shah Alam benar bekas olimpik simpan tiga kucing di kondominiumPersiapan Deepavali rancak di seluruh negara, pasar dan kedai mula dibanjiri pengunjungPindaan UUCA dibentang Disember, kerajaan kaji nyahklasifikasi dokumen sejarahPolis siasat paparan kandungan lucah pada LED milik Majlis Perbandaran Kluang

Sesi persekolahan termasuk kantin sekolah sepanjang bulan ramadan beroperasi seperti biasa

KUALA LUMPUR: Sesi persekolahan serta operasi kantin di sekolah-sekolah di seluruh negara akan beroperasi seperti biasa sepanjang bulan Ramadan, seperti tahun-tahun sebelum ini.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, yang turut meminta semua pihak untuk merujuk dan mematuhi garis panduan yang telah diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Sekolah dan kantin sama (beroperasi seperti biasa). Ramadan tetap macam biasa, nak balik awal pun bukan boleh buka puasa awal,” katanya sambil berseloroh.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau hari pertama sesi persekolahan 2025/2026 di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pelangi Semenyih di sini, pagi tadi.

Turut hadir dalam lawatan tersebut adalah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, serta Pengarah Pendidikan Selangor, Dr. Jafri Abu.

Menurut garis panduan yang dikeluarkan oleh KPM, bagi sekolah sesi petang yang mempunyai murid dan guru beragama Islam, sesi pembelajaran akan berakhir lebih awal, iaitu seawal jam 5.30 petang di negeri-negeri Semenanjung Malaysia. Manakala di Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan, sesi persekolahan akan tamat pada jam 5 petang.

Bulan Ramadan akan disambut di negara ini selepas hampir dua minggu sesi persekolahan bagi tahun 2025/2026 bermula.

Fadhlina juga mengingatkan agar pihak sekolah merujuk garis panduan yang disediakan oleh KPM, yang turut mengandungi panduan bagi persekolahan sepanjang bulan puasa.

Beliau turut menyatakan bahawa pihak KPM sentiasa mengambil kira keperluan khas bagi isu tertentu yang mungkin timbul sepanjang bulan Ramadan, bagi memastikan kelancaran sesi pembelajaran.

TopikFadina

Berita berkaitan