Jumaat, 30 Oktober 2026
TERKINI
Longkang tidak dibersih punca banjir kilat di Taman Indah KLIA, SepangPRN Melaka: Kerk berdepan cabaran sengit pertahan Ayer Keroh, Gerakan diuji isu 'perpaduan Melayu'Kiandee persoal Bersatu: Pecat juga Muhyiddin dan lima Ahli Parlimen yang tandatangani CSA?Pembinaan pertahanan di Sabah bukan tindak balas terhadap Filipina – KhaledPeruntukan jalan luar bandar naik hampir tiga kali ganda, projek tidak dibatalkan – Tengku ZafrulPulau Pinang unjur defisit bajet terendah RM5.26 juta bagi 2027Mahkamah Tinggi Shah Alam benar bekas olimpik simpan tiga kucing di kondominiumPersiapan Deepavali rancak di seluruh negara, pasar dan kedai mula dibanjiri pengunjungPindaan UUCA dibentang Disember, kerajaan kaji nyahklasifikasi dokumen sejarahPolis siasat paparan kandungan lucah pada LED milik Majlis Perbandaran Kluang

Seorang wanita kerugian rm150,000 dengan seorang lelaki mengaku ‘ Pilot’

KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 51 tahun mengalami kerugian besar berjumlah RM148,200 selepas menjadi mangsa penipuan Love Scam melibatkan seorang lelaki yang mengaku sebagai juruterbang menerusi aplikasi Facebook.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris, mengesahkan bahawa mangsa telah berkenalan dengan lelaki tersebut menerusi Facebook pada awal bulan ini.

Pada mulanya, mereka berhubung melalui mesej di WhatsApp menggunakan nama Azli Ahmad yang disertai dengan gambar seorang juruterbang.

“Lelaki berkenaan menggunakan gambar seorang juruterbang dan pengadu berhubung melalui talian WhatsApp yang diberikan untuk berkenalan lebih rapat.

“Apabila saling mengenali, suspek menawarkan penghantaran bungkusan hadiah seperti beg tangan, jam tangan, kasut dan duit bernilai USD10,000 untuk disedekahkan kepada anak yatim,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Zain berkata bahawa bungkusan tersebut dikirim sebagai tanda persahabatan, namun pada 14 Jun lalu, mangsa dihubungi oleh seseorang yang mendakwa sebagai ejen penghantaran.

“Pada 14 Jun lalu, mangsa dihubungi oleh seorang individu mengaku sebagai ejen penghantaran menyatakan terdapat masalah pada bungkusan yang dihantar kepada mangsa.

“Ejen itu meminta mangsa membuat bayaran sebagai bayaran duti import dan kos penghantaran bagi melepaskan bungkusan terbabit,” katanya.

Individu tersebut mendakwa terdapat masalah pada bungkusan dan meminta mangsa untuk membuat bayaran sebagai bayaran duti import dan kos penghantaran.

“Pengadu juga diugut untuk membuat bayaran yang mana individu berkenaan menyatakan mangsa terbabit dengan pelbagai aktiviti jenayah dan akan diambil tindakan sekiranya tidak membuat bayaran.

“Akibat berasa takut, mangsa mengikut segala arahan sehingga menyedari mengalami kerugian dan membuat laporan polis,” katanya.

“iasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan berhubung kes ini.

Beliau menasihati orang ramai agar berhati-hati dan tidak mudah percaya terhadap tawaran hadiah atau wang yang terlalu menarik di media sosial atau platform online.

TopikscamWhatsApp

Berita berkaitan