Jumaat, 30 Oktober 2026
TERKINI
Longkang tidak dibersih punca banjir kilat di Taman Indah KLIA, SepangPRN Melaka: Kerk berdepan cabaran sengit pertahan Ayer Keroh, Gerakan diuji isu 'perpaduan Melayu'Kiandee persoal Bersatu: Pecat juga Muhyiddin dan lima Ahli Parlimen yang tandatangani CSA?Pembinaan pertahanan di Sabah bukan tindak balas terhadap Filipina – KhaledPeruntukan jalan luar bandar naik hampir tiga kali ganda, projek tidak dibatalkan – Tengku ZafrulPulau Pinang unjur defisit bajet terendah RM5.26 juta bagi 2027Mahkamah Tinggi Shah Alam benar bekas olimpik simpan tiga kucing di kondominiumPersiapan Deepavali rancak di seluruh negara, pasar dan kedai mula dibanjiri pengunjungPindaan UUCA dibentang Disember, kerajaan kaji nyahklasifikasi dokumen sejarahPolis siasat paparan kandungan lucah pada LED milik Majlis Perbandaran Kluang

Sanusi pertahankan calon PN tiada kelayakan yang tinggi

KUALA LUMPUR: Pengarah Pilihan Raya PN, Muhammad Sanusi Md Nor mempertahankan calon Perikatan Nasional (PN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap, Abidin Ismail, walaupun beliau dikritik atas ketiadaan ‘kelayakan akademik tinggi’.

Sanusi mengakui pentingnya kelulusan akademik namun menyatakan ramai pemimpin politik berjaya tanpa kelayakan tersebut.

“Tapi kena ada kelulusan akademik juga. Ramai wakil rakyat sekarang ini tak ada PhD (ijazah doktor falsafah), saya tak ada Phd, tak ada ijazah sarjana,” katanya di Nibong Tebal.

Isu kelayakan akademik Abidin, 56 tahun, menjadi tumpuan kerana tiada kelulusan tersebut dipamerkan di poster calon, berbeza dengan calon Pakatan Harapan, Joohari Ariffin, 60 tahun, yang mempunyai PhD.

“Disebabkan itu kita melihat kesesuaian di sini adalah dia (Abidin). Kekuatan akademik itu calon satu lagi, jadi biar dia tonjolkan,” katanya.

PRK Sungai Bakap menjadi pertebungan antara Joohari, bekas pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara, dan Abidin, timbalan ketua PAS Nibong Tebal.

PRK ini diadakan selepas kematian Nor Zamri Latiff pada 24 Mei akibat keradangan dalam perut.

Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang Ogos lalu, Nor Zamri dari PAS menang dengan majoriti 1,563 undi menentang calon PH, Nurhidayah Che Rose.

Suruhanhajaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai sebagai hari mengundi, dengan pengundian awal pada 2 Julai.

TopikpasprkSanusi

Berita berkaitan