Jumaat, 30 Oktober 2026
TERKINI
Longkang tidak dibersih punca banjir kilat di Taman Indah KLIA, SepangPRN Melaka: Kerk berdepan cabaran sengit pertahan Ayer Keroh, Gerakan diuji isu 'perpaduan Melayu'Kiandee persoal Bersatu: Pecat juga Muhyiddin dan lima Ahli Parlimen yang tandatangani CSA?Pembinaan pertahanan di Sabah bukan tindak balas terhadap Filipina – KhaledPeruntukan jalan luar bandar naik hampir tiga kali ganda, projek tidak dibatalkan – Tengku ZafrulPulau Pinang unjur defisit bajet terendah RM5.26 juta bagi 2027Mahkamah Tinggi Shah Alam benar bekas olimpik simpan tiga kucing di kondominiumPersiapan Deepavali rancak di seluruh negara, pasar dan kedai mula dibanjiri pengunjungPindaan UUCA dibentang Disember, kerajaan kaji nyahklasifikasi dokumen sejarahPolis siasat paparan kandungan lucah pada LED milik Majlis Perbandaran Kluang

Pyanhabib disahkan meninggal dunia

Pelakon dan penyair, Mohd Supyan Abdul Rahman, yang lebih dikenali sebagai Pyanhabib Rahman, dilaporkan telah meninggal dunia di kediamannya di AU4 Keramat, hari ini.

Beliau juga dikenali dengan watak Osman Tikus yang dilakonkan dalam filem “Kembara Seniman Jalanan”. Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor, Najwan Halimi, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Anggerik turut memaklumkan berita sedih itu di platform X nya.

“Dukacita dimaklumkan seniman Pyanhabib Rahman baru saja menghembuskan nafas terakhir di kediaman beliau di Hulu Kelang sebentar tadi. Sesungguhnya kita datang dari Allah, dan kepada Allah jua kita akan kembali. Al-Fatehah,” katanya lagi.

Berita berkaitan