Jumaat, 30 Oktober 2026
TERKINI
Longkang tidak dibersih punca banjir kilat di Taman Indah KLIA, SepangPRN Melaka: Kerk berdepan cabaran sengit pertahan Ayer Keroh, Gerakan diuji isu 'perpaduan Melayu'Kiandee persoal Bersatu: Pecat juga Muhyiddin dan lima Ahli Parlimen yang tandatangani CSA?Pembinaan pertahanan di Sabah bukan tindak balas terhadap Filipina – KhaledPeruntukan jalan luar bandar naik hampir tiga kali ganda, projek tidak dibatalkan – Tengku ZafrulPulau Pinang unjur defisit bajet terendah RM5.26 juta bagi 2027Mahkamah Tinggi Shah Alam benar bekas olimpik simpan tiga kucing di kondominiumPersiapan Deepavali rancak di seluruh negara, pasar dan kedai mula dibanjiri pengunjungPindaan UUCA dibentang Disember, kerajaan kaji nyahklasifikasi dokumen sejarahPolis siasat paparan kandungan lucah pada LED milik Majlis Perbandaran Kluang

Portal digital Malaysia.gov.my akan dinaik taraf selaras dengan aspirasi pendigitalan negara.

KUALA LUMPU: Kerajaan akan menaik taraf portal digital Malaysia.gov.my selaras dengan aspirasi pendigitalan negara.

Kementerian Digital dalam satu kenyataan berkata, transformasi ini memberi fokus kepada pengalaman pelanggan dan pendekatan keseluruhan kerajaan secara bersepadu merentas agensi.

Menterinya, Gobind Singh Deo berkata, anjakan baharu ini memperlihatkan usaha proaktif kerajaan dalam melonjakkan perkhidmatan digital melalui konsep Digital First dalam tempoh 6 bulan bermula Jun hingga Disember 2024. Fokus utama adalah saluran digital bersepadu berdasarkan pengalaman pelanggan.

“Impak islah yang dilihat melalui pendekatan terkini ini dapat memberikan nilai tambah kepada empat kumpulan sasar kerajaan iaitu rakyat, komuniti perniagaan, agensi kerajaan dan penjawat awam,” katanya.

Katanya lagi, Lonjakan ini mengambil kira trend pencapaian semasa pendigitalan sektor awam yang diukur melalui Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam 2021-2025, yang sehingga Disember 2023 mencapai 57 perratus.

“Asas usaha ini adalah Aspirasi Strategi Digital First (ASDF) yang menggabungjalinkan enam teras iaitu Minda Digital, Berpacukan Data, Berpaksikan Rakyat, Rekabentuk Berteraskan Keselamatan, Tadbir Urus Digital serta Bakat dan Kemahiran.

“Portal sedia ada ‘MyGovernment’ di Malaysia.gov.my akan dinaik taraf dengan lebih banyak perkhidmatan kerajaan melalui bantuan semua kementerian. Orang ramai dijemput mengemukakan cadangan penambahbaikan kepada Jabatan Digital Negara sehingga 6 Julai 2024 melalui www.jdn.gov.my atau www.mydigital.gov.my,” katanya.

Berita berkaitan