Jumaat, 30 Oktober 2026
TERKINI
Longkang tidak dibersih punca banjir kilat di Taman Indah KLIA, SepangPRN Melaka: Kerk berdepan cabaran sengit pertahan Ayer Keroh, Gerakan diuji isu 'perpaduan Melayu'Kiandee persoal Bersatu: Pecat juga Muhyiddin dan lima Ahli Parlimen yang tandatangani CSA?Pembinaan pertahanan di Sabah bukan tindak balas terhadap Filipina – KhaledPeruntukan jalan luar bandar naik hampir tiga kali ganda, projek tidak dibatalkan – Tengku ZafrulPulau Pinang unjur defisit bajet terendah RM5.26 juta bagi 2027Mahkamah Tinggi Shah Alam benar bekas olimpik simpan tiga kucing di kondominiumPersiapan Deepavali rancak di seluruh negara, pasar dan kedai mula dibanjiri pengunjungPindaan UUCA dibentang Disember, kerajaan kaji nyahklasifikasi dokumen sejarahPolis siasat paparan kandungan lucah pada LED milik Majlis Perbandaran Kluang

Polis buru warga asing disyaki simbah asid ke atas bekas kekasih di Petaling Jaya

PETALING JAYA: Seorang wanita berusia lingkungan 20-an melecur selepas dipercayai disimbah cecair disyaki asid oleh bekas kekasihnya, seorang warga asing, yang kini diburu polis.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi pada Selasa lalu, 27 Oktober. Mangsa yang bekerja di sebuah kedai makan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan masih menerima rawatan di sana.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

Menurut beliau, mangsa dan suspek sama-sama warga asing yang dipercayai menjalin hubungan sebagai pasangan kekasih. "Kejadian dipercayai berpunca daripada masalah hubungan apabila mangsa mahu memutuskan hubungan dengan suspek," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Suspek dipercayai melarikan diri selepas kejadian dan usaha mengesannya giat dijalankan. Polis turut merakam percakapan beberapa saksi bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah.

TopikPetaling JayaPolisSimbah asidPPUM

Berita berkaitan