Jumaat, 30 Oktober 2026
TERKINI
Longkang tidak dibersih punca banjir kilat di Taman Indah KLIA, SepangPRN Melaka: Kerk berdepan cabaran sengit pertahan Ayer Keroh, Gerakan diuji isu 'perpaduan Melayu'Kiandee persoal Bersatu: Pecat juga Muhyiddin dan lima Ahli Parlimen yang tandatangani CSA?Pembinaan pertahanan di Sabah bukan tindak balas terhadap Filipina – KhaledPeruntukan jalan luar bandar naik hampir tiga kali ganda, projek tidak dibatalkan – Tengku ZafrulPulau Pinang unjur defisit bajet terendah RM5.26 juta bagi 2027Mahkamah Tinggi Shah Alam benar bekas olimpik simpan tiga kucing di kondominiumPersiapan Deepavali rancak di seluruh negara, pasar dan kedai mula dibanjiri pengunjungPindaan UUCA dibentang Disember, kerajaan kaji nyahklasifikasi dokumen sejarahPolis siasat paparan kandungan lucah pada LED milik Majlis Perbandaran Kluang

PH tambah tiga calon PRN Melaka, bertembung BN di Sungai Rambai, Taboh Naning dan Ayer Limau

MELAKA: Pakatan Harapan (PH) menambah tiga calon dalam senarai bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, menjadikan jumlah keseluruhannya 24 daripada 28 kerusi.

Penambahan itu menyaksikan PH mencabar Barisan Nasional (BN) di Sungai Rambai, Taboh Naning dan Ayer Limau. Di Ayer Limau, BN telah pun mengumumkan calonnya.

Pengerusi Amanah Melaka, Ashraf Mukhlis Minghat, mengesahkan Ketua Amanah Jasin, Aminuddin Abdul Jalil, akan bertanding di Sungai Rambai, manakala Ketua Wanita Amanah Masjid Tanah, Junainah Sahat, di Taboh Naning. Di Sungai Rambai, Aminuddin dijangka berdepan pendatang baharu BN, Jezlee Pit, sementara Junainah akan mencabar penyandang, Zulkiflee Zin, di Taboh Naning.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh, mengesahkan parti itu menurunkan pesara mejar tentera, Jaimi Dimon, di Ayer Limau untuk menentang penyandang BN, Hameed Mytheen Kunju Basheer.

BN memenangi ketiga-tiga kerusi itu pada PRN 2021. Dengan penambahan ini, PKR akan bertanding 10 kerusi, manakala DAP dan Amanah masing-masing tujuh kerusi.

PH sebelum ini mengumumkan 21 calon pada pelancaran jentera pilihan raya di Stadium Hang Jebat pada 24 Oktober. Kini, empat kerusi masih tanpa calon PH iaitu Lendu, Sungai Udang, Pantai Kundor dan Bemban. Bersatu, yang mengumumkan lapan calon semalam, akan bertanding di keempat-empat kerusi itu menggunakan logo parti sendiri.

Pada PRN Melaka 2021, BN menang besar dengan 21 kerusi, PH lima kerusi (empat DAP dan satu Amanah) dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan penamaan calon pada 31 Oktober, mengundi awal pada 10 November dan hari mengundi pada 14 November.

TopikPRN MelakaPakatan HarapanAmanahPKRBN

Berita berkaitan