Jumaat, 30 Oktober 2026
TERKINI
Longkang tidak dibersih punca banjir kilat di Taman Indah KLIA, SepangPRN Melaka: Kerk berdepan cabaran sengit pertahan Ayer Keroh, Gerakan diuji isu 'perpaduan Melayu'Kiandee persoal Bersatu: Pecat juga Muhyiddin dan lima Ahli Parlimen yang tandatangani CSA?Pembinaan pertahanan di Sabah bukan tindak balas terhadap Filipina – KhaledPeruntukan jalan luar bandar naik hampir tiga kali ganda, projek tidak dibatalkan – Tengku ZafrulPulau Pinang unjur defisit bajet terendah RM5.26 juta bagi 2027Mahkamah Tinggi Shah Alam benar bekas olimpik simpan tiga kucing di kondominiumPersiapan Deepavali rancak di seluruh negara, pasar dan kedai mula dibanjiri pengunjungPindaan UUCA dibentang Disember, kerajaan kaji nyahklasifikasi dokumen sejarahPolis siasat paparan kandungan lucah pada LED milik Majlis Perbandaran Kluang

Peroleh rm20,000 sebulan, suspek ditahan promosi aktiviti persundalan di media sosial

KUALA LUMPUR: Seorang wanita ditahan oleh polis di Bandar Bukit Mahkota, Bangi, Selangor semalam atas disyaki terlibat dalam aktiviti promosi seks dan penjualan ubat kuat di laman sosial.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian, dan Kongsi Gelap (D7) JSJ Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, wanita tersebut dikatakan mampu meraih pendapatan sehingga RM20,000 sebulan melalui aktiviti tersebut bersama dengan empat lagi suspek yang turut ditahan.

Siasatan menunjukkan bahawa kesemua suspek, termasuk tiga lelaki dan dua wanita, menjalankan aktiviti mempromosikan seks, menjual rakaman video lucah, dan menjual ubatan seks melalui laman sosial.

Modus operandi sindiket ini adalah dengan mengajak pelanggan menyertai siaran Telegram suspek dengan bayaran sekitar RM450 hingga RM550 untuk setiap langganan.

Mereka juga menggunakan aplikasi WhatsApp untuk berhubung dengan pelanggan bagi mengatur pertemuan dan pembayaran jika pelanggan bersetuju mendapatkan khidmat seks dari suspek.

Semakan polis mendapati suspek mempunyai 226,000 pengikut yang aktif di akaun TikTok. Kesemua suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan, Seksyen 292(a) Kanun sama, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

TopikIPDpersundalan

Berita berkaitan