Jumaat, 30 Oktober 2026
TERKINI
Longkang tidak dibersih punca banjir kilat di Taman Indah KLIA, SepangPRN Melaka: Kerk berdepan cabaran sengit pertahan Ayer Keroh, Gerakan diuji isu 'perpaduan Melayu'Kiandee persoal Bersatu: Pecat juga Muhyiddin dan lima Ahli Parlimen yang tandatangani CSA?Pembinaan pertahanan di Sabah bukan tindak balas terhadap Filipina – KhaledPeruntukan jalan luar bandar naik hampir tiga kali ganda, projek tidak dibatalkan – Tengku ZafrulPulau Pinang unjur defisit bajet terendah RM5.26 juta bagi 2027Mahkamah Tinggi Shah Alam benar bekas olimpik simpan tiga kucing di kondominiumPersiapan Deepavali rancak di seluruh negara, pasar dan kedai mula dibanjiri pengunjungPindaan UUCA dibentang Disember, kerajaan kaji nyahklasifikasi dokumen sejarahPolis siasat paparan kandungan lucah pada LED milik Majlis Perbandaran Kluang

Perobohan dua blok Highland Towers tertangguh, pemaju belum kemuka permohonan rasmi

AMPANG JAYA: Perobohan dua blok Highland Towers yang masih tinggal di sini tertangguh kerana pemaju belum mengemukakan permohonan rasmi kepada pihak berkuasa tempatan.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Hasrolnizam Shaari, berkata jabatan undang-undang majlis telah mengeluarkan surat peringatan kepada pemaju pada September dan Oktober, mendesak proses itu dipercepat.

"Setakat ini mereka masih membuat pelarasan dan menjalankan kajian. Kami belum menerima permohonan rasmi atau pelan reka bentuk daripada mereka," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat penuh majlis di Menara MPAJ hari ini.

Beliau berkata kelulusan mahkamah telah diperoleh dan majlis kini menunggu tindakan lanjut pemaju terbabit bagi melaksanakan kerja berkenaan. MPAJ akan terus mengikuti perkara itu bagi memastikan proses berjalan.

Sebelum ini dilaporkan MPAJ memperoleh keputusan mahkamah yang membenarkannya meneruskan tindakan terhadap bangunan Highland Towers yang tinggal. Keputusan itu menyingkirkan halangan undang-undang terdahulu dan membuka jalan untuk bangunan terbengkalai itu dirobohkan.

Menurut prosedur, pemaju perlu mengemukakan permohonan rasmi untuk merobohkan bangunan itu bersama pelan reka bentuk dan kajian teknikal yang diperlukan. Perobohan itu pada asalnya disasarkan siap menjelang akhir tahun ini.

Dua blok berkenaan terbiar sejak tragedi Highland Towers pada 11 Disember 1993, apabila sebuah blok bersebelahan runtuh dan meragut 48 nyawa.

TopikHighland TowersMPAJAmpang JayaSelangor

Berita berkaitan