Jumaat, 30 Oktober 2026
TERKINI
Longkang tidak dibersih punca banjir kilat di Taman Indah KLIA, SepangPRN Melaka: Kerk berdepan cabaran sengit pertahan Ayer Keroh, Gerakan diuji isu 'perpaduan Melayu'Kiandee persoal Bersatu: Pecat juga Muhyiddin dan lima Ahli Parlimen yang tandatangani CSA?Pembinaan pertahanan di Sabah bukan tindak balas terhadap Filipina – KhaledPeruntukan jalan luar bandar naik hampir tiga kali ganda, projek tidak dibatalkan – Tengku ZafrulPulau Pinang unjur defisit bajet terendah RM5.26 juta bagi 2027Mahkamah Tinggi Shah Alam benar bekas olimpik simpan tiga kucing di kondominiumPersiapan Deepavali rancak di seluruh negara, pasar dan kedai mula dibanjiri pengunjungPindaan UUCA dibentang Disember, kerajaan kaji nyahklasifikasi dokumen sejarahPolis siasat paparan kandungan lucah pada LED milik Majlis Perbandaran Kluang

Orang tengah naikkan harga sewaan tapak bazar Ramadan, peniaga terpaksa naikkan harga jualan

KUALA LUMPUR: Peniaga bazar Ramadan di Pahang menghadapi kesukaran untuk menurunkan harga makanan apabila harga sewaan tapak meningkat akibat tindakan orang tengah atau ejen yang mengambil kesempatan untuk menaikkan harga sewa.

Muhammad Rusyaidi Mohammad Rais, 24, seorang peniaga yang beroperasi di Pahang, meluahkan rasa tidak puas hati kerana harga sewaan tapak yang tinggi terpaksa dipikulnya, sekali gus menyebabkan harga makanan yang dijual terpaksa dinaikkan dari RM1 ke RM2.

“Ada juga ejen mengambil banyak tapak sewa daripada PBT sebelum jual semula pada harga tinggi sehingga mengganggu orang yang betul-betul ingin berniaga.

“Ada juga peniaga yang rapat dengan ejen, guna orang dalam, mereka sewa banyak tapak jadi kami yang betul-betul nak berniaga tak boleh nak sewa, ini sangat tidak adil,” katanya.

Sementara itu, Nurul Syahira Salim, 27, turut menyuarakan kebimbangannya terhadap isu yang sama. Dia menyokong penuh inisiatif Perdana Menteri yang bertujuan untuk membantu peniaga mendapatkan tapak sewaan dengan harga yang lebih berpatutan dan mudah.

Nurul Syahira juga berkongsi pengalaman rakannya yang menjadi mangsa ejen yang menaikkan harga sewa, menyebabkan pihak PBT terpaksa mengambil tindakan kerana dokumen perlesenan yang tidak lengkap.

“PBT datang periksa lesen, dokumen dan sebagainya dan nak dijadikan cerita salah satu dokumen itu tiada nama kawan saya, jadi memang dia dikenakan tindakan oleh mereka.

“Untuk makluman di kawasan kampung, harga tapak yang ditetapkan PBT hanyalah RM340 ke RM380 sahaja tetapi kalau dekat ejen akan mahal sedikit, akan naik sebanyak RM80 ke RM100 lagi,” ujarnya.

Peniaga berharap agar kerajaan dan PBT dapat mengambil tindakan segera bagi menangani isu ini, yang telah menyebabkan mereka terpaksa menaikkan harga makanan demi menampung kos sewa yang tinggi.

TopikBazar Ramadanpeniaga

Berita berkaitan