Jumaat, 30 Oktober 2026
TERKINI
Longkang tidak dibersih punca banjir kilat di Taman Indah KLIA, SepangPRN Melaka: Kerk berdepan cabaran sengit pertahan Ayer Keroh, Gerakan diuji isu 'perpaduan Melayu'Kiandee persoal Bersatu: Pecat juga Muhyiddin dan lima Ahli Parlimen yang tandatangani CSA?Pembinaan pertahanan di Sabah bukan tindak balas terhadap Filipina – KhaledPeruntukan jalan luar bandar naik hampir tiga kali ganda, projek tidak dibatalkan – Tengku ZafrulPulau Pinang unjur defisit bajet terendah RM5.26 juta bagi 2027Mahkamah Tinggi Shah Alam benar bekas olimpik simpan tiga kucing di kondominiumPersiapan Deepavali rancak di seluruh negara, pasar dan kedai mula dibanjiri pengunjungPindaan UUCA dibentang Disember, kerajaan kaji nyahklasifikasi dokumen sejarahPolis siasat paparan kandungan lucah pada LED milik Majlis Perbandaran Kluang

“Malaysia Madani Jiwa Merdeka” tema hari kemerdekaan ke-67 dan Hari Malaysia

Logo Malaysia Madani dipilih sebagai logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) tahun ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menjelaskan, keputusan tersebut diambil dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Tema untuk sambutan HKHM 2024 adalah “Malaysia Madani – Jiwa Merdeka”.

‘Malaysia MADANI’ tunjang kemakmuran dan kemajuan negara melalui dukungan enam nilai teras utama.

“Sementara ‘Jiwa Merdeka’ menzahirkan kebebasan rakyat daripada sebarang elemen negatif dalam menginterpretasikan semangat patriotik melalui aspek pemikiran, integrasi sosial dan ekonomi seterusnya membentuk kesatuan rakyat yang kukuh, harmoni serta progresif,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Majlis Pengumuman Logo dan Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 telah diadakan di kementerian hari ini.

Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 akan berlangsung pada 13 Julai sebagai bahagian daripada persiapan menuju sambutan HKHM pada 31 Ogos di Putrajaya dan Hari Malaysia pada 16 September di Sabah.

Fahmi juga menyeru rakyat Malaysia untuk menghias rumah dengan Jalur Gemilang sebagai simbol identiti negara di seluruh dunia.

Namun, beliau menekankan bahawa bendera tersebut perlu dikibarkan dengan penuh hormat, tidak koyak, uzur, atau lusuh.

Bagi Fahmi, bendera adalah cerminan tanggungjawab sebagai warganegara yang bertanggungjawab.

Fahmi juga menggalakkan semua pihak untuk menggunakan logo HKHM 2024 dalam semua medium komunikasi untuk memupuk semangat patriotik menjelang sambutan tersebut.

Beliau menekankan bahawa peranan media sangat penting dalam memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) dengan menyiar kandungan berita dan program yang sejajar dengan tema sambutan di platform masing-masing.

Fahmi juga menggariskan melalui penglibatan media, semangat patriotik dapat diperkukuhkan dan kesedaran terhadap makna pentingnya sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM)dapat disebarkan dengan lebih luas kepada masyarakat.

Berita berkaitan