Jumaat, 30 Oktober 2026
TERKINI
Longkang tidak dibersih punca banjir kilat di Taman Indah KLIA, SepangPRN Melaka: Kerk berdepan cabaran sengit pertahan Ayer Keroh, Gerakan diuji isu 'perpaduan Melayu'Kiandee persoal Bersatu: Pecat juga Muhyiddin dan lima Ahli Parlimen yang tandatangani CSA?Pembinaan pertahanan di Sabah bukan tindak balas terhadap Filipina – KhaledPeruntukan jalan luar bandar naik hampir tiga kali ganda, projek tidak dibatalkan – Tengku ZafrulPulau Pinang unjur defisit bajet terendah RM5.26 juta bagi 2027Mahkamah Tinggi Shah Alam benar bekas olimpik simpan tiga kucing di kondominiumPersiapan Deepavali rancak di seluruh negara, pasar dan kedai mula dibanjiri pengunjungPindaan UUCA dibentang Disember, kerajaan kaji nyahklasifikasi dokumen sejarahPolis siasat paparan kandungan lucah pada LED milik Majlis Perbandaran Kluang

Malaysia berpeluang tingkatkan kedudukan FIFA selepas perlawanan menentang Chinese Taipei

KUALA LUMPUR: Harimau Malaya berdepan dengan peluang untuk meningkatkan kedudukan mereka dalam ranking FIFA selepas perlawanan menentang Chinese Taipei malam ini.

Memetik Astro Arena, dalam kemaskini terkini, Harimau Malaya naik tiga anak tangga ke kedudukan 135 dunia selepas pertemuan mereka dengan Republik Kyrgyz pada 6 Jun yang lalu. Prestasi cemerlang itu membawa skuad yang dikendalikan oleh Kim Pan-gon meraih jumlah mata sebanyak 1097.35 dalam ranking FIFA.

Dengan kemenangan, mereka boleh mendapatkan mata tambahan sebanyak +10.23 dan naik ke tangga 133 dunia, mengatasi Kepulauan Faroe dan Rwanda.

Namun, seri atau kalah penolakan mata sebanyak -2.23 dan -14.77 akan menurunkan kedudukan mereka jauh lebih rendah dari senarai ranking FIFA.

Perlawanan ini juga penting kerana ia menentukan layak atau tidaknya mereka ke Pusingan ke-3 Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027.

Indonesia berhadapan dengan Filipina, kemenangan serentak Malaysia dengan Indonesia akan menempatkan mereka di kedudukan 133 dunia, manakala Malaysia akan berada di tangga 134 dunia.

Topikbola sepakFIFAmalaysiapiala asiapiala dunia

Berita berkaitan