Jumaat, 30 Oktober 2026
TERKINI
Longkang tidak dibersih punca banjir kilat di Taman Indah KLIA, SepangPRN Melaka: Kerk berdepan cabaran sengit pertahan Ayer Keroh, Gerakan diuji isu 'perpaduan Melayu'Kiandee persoal Bersatu: Pecat juga Muhyiddin dan lima Ahli Parlimen yang tandatangani CSA?Pembinaan pertahanan di Sabah bukan tindak balas terhadap Filipina – KhaledPeruntukan jalan luar bandar naik hampir tiga kali ganda, projek tidak dibatalkan – Tengku ZafrulPulau Pinang unjur defisit bajet terendah RM5.26 juta bagi 2027Mahkamah Tinggi Shah Alam benar bekas olimpik simpan tiga kucing di kondominiumPersiapan Deepavali rancak di seluruh negara, pasar dan kedai mula dibanjiri pengunjungPindaan UUCA dibentang Disember, kerajaan kaji nyahklasifikasi dokumen sejarahPolis siasat paparan kandungan lucah pada LED milik Majlis Perbandaran Kluang

Lari sambil tangan digari, Melinder Kaur cipt rekod ‘guinness world record’

Kuala Lumpur: Bekas atlet kebangsaan, Melinder Kaur, mencipta sensasi di Arena Sukan Kuala Lumpur, Setapak semalam dengan mencatatkan dua sejarah baharu dalam Guinness World Records.

Pada usia 36 tahun, Melinder tidak hanya mencatatkan masa terpantas dalam acara larian 1.6km sambil kedua-dua belah tangannya digari, tetapi juga mengukir rekod dunia baru dalam kategori yang sama.

Rekod sebelum ini dipegang oleh Sandra Hickson dari Ireland dengan masa enam minit 37 saat.

Selain itu, Melinder, yang juga pemegang rekod kebangsaan lari berhalangan 3000m, turut memecahkan rekod Guinness dengan melengkapkan larian satu batu (1.6km) sambil berkaki ayam.

Prestasi luar biasa ini menambah lagi kegemilangan Melinder dalam dunia sukan.

Topikguinness world record

Berita berkaitan