Jumaat, 30 Oktober 2026
TERKINI
Longkang tidak dibersih punca banjir kilat di Taman Indah KLIA, SepangPRN Melaka: Kerk berdepan cabaran sengit pertahan Ayer Keroh, Gerakan diuji isu 'perpaduan Melayu'Kiandee persoal Bersatu: Pecat juga Muhyiddin dan lima Ahli Parlimen yang tandatangani CSA?Pembinaan pertahanan di Sabah bukan tindak balas terhadap Filipina – KhaledPeruntukan jalan luar bandar naik hampir tiga kali ganda, projek tidak dibatalkan – Tengku ZafrulPulau Pinang unjur defisit bajet terendah RM5.26 juta bagi 2027Mahkamah Tinggi Shah Alam benar bekas olimpik simpan tiga kucing di kondominiumPersiapan Deepavali rancak di seluruh negara, pasar dan kedai mula dibanjiri pengunjungPindaan UUCA dibentang Disember, kerajaan kaji nyahklasifikasi dokumen sejarahPolis siasat paparan kandungan lucah pada LED milik Majlis Perbandaran Kluang

Kos pemasangan sistem solar turun 50 peratus

Kuala Lumpur: Pemasangan sistem solar fotovoltaik (PV) yang semakin meluas di Malaysia menjadi antara punca kos purata bagi pemasangan sistem itu menurun secara signifikan.

Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kos pemasangan kini adalah antara RM12,000 hingga RM15,000 bagi sebuah rumah teres, berbanding RM24,000 hingga RM30,000 pada 2011.

Menurutnya, berdasarkan harga pemasangan pada rumah jenis yang lain seperti semi-D dan banglo, penurunan kos yang direkodkan adalah kira-kira 50 peratus.

“Penurunan kos ini menjadikan pemasangan sistem solar yang sebelum ini hanya mampu dilakukan oleh golongan T20 pada awal pelaksanaan program Tenaga Boleh Baharu (TBB), kini juga boleh dilakukan oleh golongan M40.

“Kerajaan akan terus menawarkan program pemasangan sistem solar kepada pengguna untuk memperluaskan lagi penggunaannya agar kos pemasangan akan menjadi lebih mampu milik kepada semua rakyat Malaysia.

“Sehingga kini melebihi 16,000 pengguna domestik dengan jumlah kuota 120MW telah mendapat manfaat daripada Program Pemeteran Tenaga Bersih (NEM),” katanya.

Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat pada Rabu bagi menjawab soalan Young Syefura Othman (PH – Bentong) berkaitan langkah kerajaan untuk menurunkan harga pemasangan solar bagi rakyat yang tidak berkemampuan.

(Sumber: Astro Awani)

Topiksolar

Berita berkaitan