Jumaat, 30 Oktober 2026
TERKINI
Longkang tidak dibersih punca banjir kilat di Taman Indah KLIA, SepangPRN Melaka: Kerk berdepan cabaran sengit pertahan Ayer Keroh, Gerakan diuji isu 'perpaduan Melayu'Kiandee persoal Bersatu: Pecat juga Muhyiddin dan lima Ahli Parlimen yang tandatangani CSA?Pembinaan pertahanan di Sabah bukan tindak balas terhadap Filipina – KhaledPeruntukan jalan luar bandar naik hampir tiga kali ganda, projek tidak dibatalkan – Tengku ZafrulPulau Pinang unjur defisit bajet terendah RM5.26 juta bagi 2027Mahkamah Tinggi Shah Alam benar bekas olimpik simpan tiga kucing di kondominiumPersiapan Deepavali rancak di seluruh negara, pasar dan kedai mula dibanjiri pengunjungPindaan UUCA dibentang Disember, kerajaan kaji nyahklasifikasi dokumen sejarahPolis siasat paparan kandungan lucah pada LED milik Majlis Perbandaran Kluang

KKM ambil langkah menyeluruh atasi bebanan petugas kesihatan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menyemak semula beberapa amalan sedia ada seperti tugasan dalam panggilan (on-call) yang terlalu panjang. Langkah ini diambil oleh KKM sebagai tidakan segera dalam menangani isu bebanan kerja dan kelelusan lampau dalam kalangan petugas barisan hadapan di hospital-hospital Malaysia.

“KKM juga bersetuju dengan seruan agar suatu anjakan budaya dapat dilaksana dan kesihatan dan kesejahteraan petugas kesihatan dapat diiktiraf kepentingannya.

“Ini termasuklah dengan mewujudkan keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan, dan struktur upah yang lebih saksama,” kata Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Haji Dzulkefly Ahmad, dalam kenyataan media semalam.

Menurut beliau lagi, walaupun pengumuman kenaikan gaji untuk penjawat awam baru-baru ini adalah langkah permulaan yang baik dalam menangani masalah tenaga kerja di KKM, kementerian ini turut mengambil langkah lain yang rencam untuk menangani cabaran-cabaran sedia ada.

Inisiati-inisiatif ini termasuklah mengoptimumkan taburan pesakit dengan adanya kluster hospital, kerjasama antara agensi perubatan awam dan swasta untuk aktiviti penyumberluaran, mengerah kakitangan ke jabatan yang lebih memerlukan, memanjangkan tempoh operasi klinik-klinik kesihatan untuk mengurangkan bebanan di hospital-hospital, dan mengenalpasti kesejangan tenaga kerja melalui tinjauan bekalan dan permintaan yang sedang dibuat dengan kerjasama Bank Dunia.

“Namun begitu, sekalipun kita berhasrat untuk meningkatkan sumber manusia kita, sumber kesihatan Malaysia adalah terhad.

“Pembinaan sebuah sistem kesihatan yang berdaya tahan dan mampan memerlukan sebuah strategi pembiayaan yang komprehensif dan jangka panjang,” ujar beliau lagi.

Beliau menyatakan bahawa pasukan transformasi kesihatan KKM bersedia untuk berkongsi idea melalui sesi-sesi libat urus dan menyeru agar para profesional kesihatan KKM terus bersabar sementara transformasi yang dirancang dapat dilaksana.

Tambah beliau lagi, persefahaman dan sumbangan berterusan semua pihak bagi menjayakan perubahan positif yang diusahakan adalah penting. Hal ini kerana KKM komited untuk menangani isu-isu ini secara serius, dan memberi jaminan untuk terus memperkasa strategi mengikut keperluan.

Topikdzulkefly ahmadkesihatankkmmalaysia

Berita berkaitan