Jumaat, 30 Oktober 2026
TERKINI
Longkang tidak dibersih punca banjir kilat di Taman Indah KLIA, SepangPRN Melaka: Kerk berdepan cabaran sengit pertahan Ayer Keroh, Gerakan diuji isu 'perpaduan Melayu'Kiandee persoal Bersatu: Pecat juga Muhyiddin dan lima Ahli Parlimen yang tandatangani CSA?Pembinaan pertahanan di Sabah bukan tindak balas terhadap Filipina – KhaledPeruntukan jalan luar bandar naik hampir tiga kali ganda, projek tidak dibatalkan – Tengku ZafrulPulau Pinang unjur defisit bajet terendah RM5.26 juta bagi 2027Mahkamah Tinggi Shah Alam benar bekas olimpik simpan tiga kucing di kondominiumPersiapan Deepavali rancak di seluruh negara, pasar dan kedai mula dibanjiri pengunjungPindaan UUCA dibentang Disember, kerajaan kaji nyahklasifikasi dokumen sejarahPolis siasat paparan kandungan lucah pada LED milik Majlis Perbandaran Kluang

Kes Zayn Rayyan: ibu mangsa tanpa reaksi

KUALA LUMPUR: Pegawai Penyiasat kes kematian tragis Zayn Rayyan Abdul Matin, Inspektor Nina Syamimi Syamsuddin, memaklumkan kepada Mahkamah Sesyen Petaling Jaya bahawa ibu mangsa,

Ismanira Abdul Manaf, kelihatan kosong semasa proses rakaman percakapan berlangsung. Menurutnya, istilah “kosong” merujuk kepada ketiadaan sebarang reaksi atau emosi yang ditunjukkan oleh Ismanira ketika disoal siasat.

“Semasa rakaman percakapan diambil, saya ada bertanyakan beberapa soalan, namun pengadu tidak dapat menjawab,” katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Aqharie Durranie Aziz mengenai keadaan Ismanira semasa sesi tersebut.

Terdahulu, prosiding perbicaraan kes pengabaian Zayn Rayyan pada hari ketiga terhenti seketika apabila Inspektor Nina Syamimi, 33, yang merupakan saksi pendakwaan keempat, kelihatan sebak sebelum menangis di kandang saksi.

Beliau menyapu air mata dengan sehelai tisu sebelum meneruskan keterangannya. Pada 13 Jun 2024, ibu bapa mangsa, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira, kedua-duanya berumur 30 tahun, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengabaikan Zayn Rayyan, 6, sehingga menyebabkan kemungkinan kecederaan fizikal terhadapnya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar jalan PJU Damansara Damai antara 12 tengah hari, 5 Disember hingga 9.55 malam, 6 Disember 2023. Mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kes tragis ini mendapat perhatian ramai apabila mayat Zayn Rayyan ditemukan di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman, Damansara Damai, pada 6 Disember 2023, selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.

Hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan kecederaan pada leher serta badan mangsa, dipercayai akibat mempertahankan diri daripada serangan. Perbicaraan kes ini masih berlangsung.

Topikkematianpoliszayn rayyan

Berita berkaitan