Jumaat, 30 Oktober 2026
TERKINI
Longkang tidak dibersih punca banjir kilat di Taman Indah KLIA, SepangPRN Melaka: Kerk berdepan cabaran sengit pertahan Ayer Keroh, Gerakan diuji isu 'perpaduan Melayu'Kiandee persoal Bersatu: Pecat juga Muhyiddin dan lima Ahli Parlimen yang tandatangani CSA?Pembinaan pertahanan di Sabah bukan tindak balas terhadap Filipina – KhaledPeruntukan jalan luar bandar naik hampir tiga kali ganda, projek tidak dibatalkan – Tengku ZafrulPulau Pinang unjur defisit bajet terendah RM5.26 juta bagi 2027Mahkamah Tinggi Shah Alam benar bekas olimpik simpan tiga kucing di kondominiumPersiapan Deepavali rancak di seluruh negara, pasar dan kedai mula dibanjiri pengunjungPindaan UUCA dibentang Disember, kerajaan kaji nyahklasifikasi dokumen sejarahPolis siasat paparan kandungan lucah pada LED milik Majlis Perbandaran Kluang

BN akan terus berkerjasama dengan PH pada PRU 16

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Meskipun begitu, Ahmad Zahid menyatakan bahawa kedua-dua parti akan menggunakan lambang masing-masing dalam pilihan raya tersebut.

“Insya-Allah PRU akan datang kita akan gunakan lambang Barisan Nasional.

Beliau menegaskan bahawa keputusan ini tidak bermakna BN dan PH mengelak daripada kerjasama di bawah Kerajaan Perpaduan, dengan PH menggunakan lambang PH dan BN menggunakan lambang BN.

“Asalkan kawasan yang kita bertanding itu tidak ditandingi oleh mereka, dan kita tidak bertanding di kawasan yang mereka tanding itu,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Maran, Pekan Tajau, di sini, hari ini.

Ahmad Zahid juga menegaskan bahawa kerjasama antara parti-parti ini akan diteruskan, dengan syarat tiada pertandingan langsung di kawasan yang ditandingi oleh pihak lawan.

“Saya yang bertanggungjawab nakhodai UMNO (dan) saya akan pastikan bahawa parti komponen dalam kerajan Perpaduan ini mengikuti semua perkara yang termaktub dalam Perlembagaan, menjaga soal Islam, soal Melayu, tidak ada lebih dan tidak ada kurang, noktah. Itulah keyakinan diri kita,” katanya.

Ahmad Zahid juga menggariskan bahawa sejak BN bersama PH dalam Kerajaan Perpaduan, tiada agenda Islam yang dikesampingkan.

Beliau meyakinkan bahawa UMNO dan parti-parti komponen dalam kerajaan ini akan mematuhi Perlembagaan serta memelihara kepentingan Islam dan Melayu tanpa kompromi.

Sementara itu, beliau juga mengulas mengenai Parti Progresif Penduduk (MyPPP) yang merasa diketepikan, walaupun parti itu masih diiktiraf sebagai sebahagian daripada ‘Friends of BN’.

“Kita mengalu-alukan semua, setiap pemimpin parti dialu-alukan untuk mengambil bahagian dan menyumbang usaha. 

Ahmad Zahid menjelaskan bahawa keputusan untuk menerima parti dalam BN bergantung kepada konsensus parti-parti komponen seperti UMNO, MCA, MIC, dan PBRS.

Keputusan MyPPP untuk tidak turun berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap dijelaskan sebagai satu tindakan demi maruah parti, setelah merasa tidak diberi pengiktirafan yang mencukupi walaupun telah menyumbang kepada BN sebelum ini.

TopikbnPH

Berita berkaitan