Jumaat, 30 Oktober 2026
TERKINI
Longkang tidak dibersih punca banjir kilat di Taman Indah KLIA, SepangPRN Melaka: Kerk berdepan cabaran sengit pertahan Ayer Keroh, Gerakan diuji isu 'perpaduan Melayu'Kiandee persoal Bersatu: Pecat juga Muhyiddin dan lima Ahli Parlimen yang tandatangani CSA?Pembinaan pertahanan di Sabah bukan tindak balas terhadap Filipina – KhaledPeruntukan jalan luar bandar naik hampir tiga kali ganda, projek tidak dibatalkan – Tengku ZafrulPulau Pinang unjur defisit bajet terendah RM5.26 juta bagi 2027Mahkamah Tinggi Shah Alam benar bekas olimpik simpan tiga kucing di kondominiumPersiapan Deepavali rancak di seluruh negara, pasar dan kedai mula dibanjiri pengunjungPindaan UUCA dibentang Disember, kerajaan kaji nyahklasifikasi dokumen sejarahPolis siasat paparan kandungan lucah pada LED milik Majlis Perbandaran Kluang

“Biar SPRM lakukan siasatan mereka” – Dr. Zaliha Mustafa

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, telah menyerahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), untuk menyiasat dakwaan pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang didakwa mengutip sogokan secara bulanan.

Beliau menekankan pentingnya menjaga tatakelola dan integriti dalam melaksanakan tugas.

“Akhirnya kita lihatlah apa siasatan SPRM nanti, tidak kira (melibatkan) kesalahan apa (sama ada) ambil insentif atau mana-mana tatakelola yang tidak bagus.

“Dalam budaya kerja, saya sering mengingatkan dan menekankan nilai integriti kerana pada akhirnya kita mahu memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat dan memastikan tiada yang mengambil peluang, menggunakan kedudukan atau (mengamalkan) tatakelola yang tidak baik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan  Inisiatif Waste-To-Wealth Wilayah Persekutuan dilancarkan hari ini di Perumahan Awam (PA) Seri Pulau Pinang di Kuala Lumpur.
Turut hadir ke majlis perasmian ialah  Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Hari ini, media melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang pegawai kanan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berusia dalam lingkungan 40-an pada Khamis lepas.

Tindakan penahanan tersebut dilakukan dalam usaha membantu siasatan terhadap dakwaan mengutip sogokan bulanan daripada perniagaan yang dikendalikan oleh warga asing di pusat bandar raya ini.

Tindakan ini menunjukkan komitmen SPRM dalam memerangi rasuah dan menegakkan integriti dalam pentadbiran awam.

TopikDBKLrasuahSPRM

Berita berkaitan