Jumaat, 30 Oktober 2026
TERKINI
Longkang tidak dibersih punca banjir kilat di Taman Indah KLIA, SepangPRN Melaka: Kerk berdepan cabaran sengit pertahan Ayer Keroh, Gerakan diuji isu 'perpaduan Melayu'Kiandee persoal Bersatu: Pecat juga Muhyiddin dan lima Ahli Parlimen yang tandatangani CSA?Pembinaan pertahanan di Sabah bukan tindak balas terhadap Filipina – KhaledPeruntukan jalan luar bandar naik hampir tiga kali ganda, projek tidak dibatalkan – Tengku ZafrulPulau Pinang unjur defisit bajet terendah RM5.26 juta bagi 2027Mahkamah Tinggi Shah Alam benar bekas olimpik simpan tiga kucing di kondominiumPersiapan Deepavali rancak di seluruh negara, pasar dan kedai mula dibanjiri pengunjungPindaan UUCA dibentang Disember, kerajaan kaji nyahklasifikasi dokumen sejarahPolis siasat paparan kandungan lucah pada LED milik Majlis Perbandaran Kluang

Adun Rembia, Jailani Khamis perlu sedia bayar ganti rugi Rm100 Juta – Akmal Saleh

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menasihatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis agar bersiap sedia untuk membayar denda sebanyak RM100 juta kepada UMNO sebagai akibat daripada tindakannya ‘melompat’ ke parti lain.

Beliau menegaskan bahawa Jailani perlu mengingati perjanjian yang telah ditandatangani oleh semua calon Barisan Nasional (BN) yang menang pada pilihan raya, yang menyatakan bahawa mereka akan dikenakan denda besar sekiranya melompat parti.

“Jailani kena ingat ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 2021, semua calon BN yang ada menandatangani perjanjian antaranya, kalau kita lompat parti kita boleh didakwa dan dikenakan denda RM100 juta.

“Jadi, YB Jailani (sudah boleh) cari tin (simpanan) banyak-banyak untuk bayar kepada UMNO RM100 juta sebab kamu menang tiket UMNO tapi melompat (keluar parti),” katanya yang juga EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri selepas menutup Sambutan Hari Zoonosis Sedunia peringkat negeri di Zoo Melaka, di sini hari ini.

Beliau turut diiringi oleh Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Ruzita Mustaffa dan Penolong Pengarah Zoo Melaka, Nurul Akshikin Zulkharnain.

Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki telah menegaskan bahawa setiap Ahli Parlimen UMNO dan BN terikat dengan perjanjian yang menetapkan denda RM100 juta sekiranya mereka melanggar perjanjian tersebut dengan melompat parti.

Muhamad Jailani sebelum ini telah digantung keahlian dalam UMNO dan menyertai PAS pada Jun tahun lalu selepas menang atas tiket PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Mengulas lanjut, Dr Muhamad Akmal yang juga ADUN Merlimau, menolak dakwaan Jailani kononnya UMNO menang besar pada PRN lalu disebabkan tindakan beliau menarik sokongan terhadap pentadbiran PH ketika itu.

“Saya nak beritahu Jailani sebenarnya bukan sebab kamu seorang (UMNO menang besar pada PRN Melaka) kerana sebenarnya sebab kamulah kerajaan negeri runtuh. Kamulah yang membawa kemusnahan.

“Saya cabar dia, kalau betul-betul anak jantan supaya kita buat Pilihan Raya Keci (PRK) dan kita bertanding sebagai anak jantan. Cuma saya risau disebabkan suka melompat’, PAS pun tak mencalonkan dia nanti,” katanya.

TopikAkmal Salehumno

Berita berkaitan