Selasa, 3 November 2026
TERKINI
Jualan Proton Oktober cecah 21,624 unit, kedua tertinggi tahun iniKerajaan kaji pengecualian bayaran balik PTPTN untuk peminjam lama – Amir HamzahJais: Kandang penyembelihan ayam di Puchong dipercayai dikendalikan beberapa syarikatNaib presiden MCA kritik Wong Kah Woh isu pengurangan waktu Bahasa Cina di SJKCKerajaan peruntuk lebih RM200 juta untuk sambungan ECRL ke Rantau PanjangWang tak dituntut cecah lebih RM14 bilion setakat September 2026 – Amir HamzahTiada pemain JDT dalam skuad Harimau Malaya, Cheng Hoe panggil 24 pemain ke China11 universiti Malaysia dalam 100 teratas Asia, UKM masuk 20 terbaik buat kali pertamaMana perginya janji 50 peratus cukai vape untuk kesihatan? Ahli Parlimen persoalHadi kaitkan CSA dengan 'pendekatan Dajjal di akhir zaman'

Jualan Proton Oktober cecah 21,624 unit, kedua tertinggi tahun ini

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 21,624 unit pada Oktober, prestasi bulanan kedua tertinggi tahun ini dan permulaan suku keempat terkuat sejak 2005.

Pengeluar kereta nasional itu dalam satu kenyataan berkata, jualan kumulatif 10 bulan pertama 2026 meningkat 40.5 peratus tahun ke tahun kepada 182,510 unit, sekali gus menghampiri paras 200,000 unit buat kali pertama sejak 2002.

Proton menganggarkan pangsa pasarnya 30.6 peratus pada Oktober dan 27.1 peratus sepanjang tahun setakat ini, berdasarkan anggaran jumlah volum industri melebihi 70,000 unit bagi bulan itu.

Proton Saga kekal model paling laris dengan 7,352 unit terjual pada Oktober, menjadikan jualan setakat tahun ini 75,589 unit, melepasi jumlah jualan setahun penuh 2025.

Proton S70 mencatat jualan 3,029 unit, menaikkan jumlah kumulatifnya sebanyak 63.5 peratus kepada 23,448 unit. Model baharu S70 i-GT 1.5 2027 menyumbang 2,338 unit lagi pada Oktober.

Proton X50 pula merekodkan 1,925 unit dalam sebulan, menjadikan jualan kumulatif 22,088 unit, manakala Proton X90 mencatat 478 unit dengan jumlah setakat tahun ini 3,728 unit.

Proton berkata barisan kenderaan elektrifikasinya terus menyumbang pertumbuhan jualan. Jualan kumulatif Proton e.MAS mencecah 35,730 unit setakat Oktober, dengan e.MAS 5 mendahului dengan 2,437 unit pada bulan itu, diikuti e.MAS 7 plug-in hibrid (710 unit) dan e.MAS 7 (616 unit).

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Rashid Musa, berkata permintaan terhadap model enjin pembakaran dalaman syarikat kekal kukuh seiring pengembangan barisan kenderaan elektrifikasinya.

"Dalam tiga bulan terakhir 2026, Proton akan terus mengejar pertumbuhan jualan lebih tinggi sambil bekerjasama rapat dengan pengedar kami bagi memastikan pelanggan Proton menerima perkhidmatan llepas jualan yang terbaik walaupun volum kami meningkat dengan pesat."

"Dengan persaingan hebat daripada jenama lain, keyakinan dan kesetiaan pelanggan penting untuk kejayaan jangka panjang. Sebab itu pengenalan model baharu kami sentiasa disokong latihan dan bekalan alat ganti yang mencukupi," katanya.

Dari segi eksport, Proton mencatat paras bulanan tertinggi 2,610 unit pada Oktober, melibatkan model Proton dan Geely, menjadikan jumlah eksport setakat tahun ini 9,980 unit.

Syarikat itu berkata pertumbuhan eksport disokong permintaan rakan kongsi luar negara dan pasaran antarabangsa Geely, yang menyumbang kepada penggunaan pengeluaran lebih tinggi serta lebih banyak pesanan alat ganti daripada vendor tempatan.

TopikProtonProton SagaProton e.MASJualan kenderaan

Foto: Manoj Prasad from Kuala Lumpur, Malaysia / Wikimedia Commons (CC BY-SA 2.0)

Berita berkaitan