Selasa, 3 November 2026
TERKINI
Jais: Kandang penyembelihan ayam di Puchong dipercayai dikendalikan beberapa syarikatNaib presiden MCA kritik Wong Kah Woh isu pengurangan waktu Bahasa Cina di SJKCKerajaan peruntuk lebih RM200 juta untuk sambungan ECRL ke Rantau PanjangWang tak dituntut cecah lebih RM14 bilion setakat September 2026 – Amir HamzahTiada pemain JDT dalam skuad Harimau Malaya, Cheng Hoe panggil 24 pemain ke China11 universiti Malaysia dalam 100 teratas Asia, UKM masuk 20 terbaik buat kali pertamaMana perginya janji 50 peratus cukai vape untuk kesihatan? Ahli Parlimen persoalHadi kaitkan CSA dengan 'pendekatan Dajjal di akhir zaman'Kumpulan masyarakat sivil gesa pakatan lapan reformasi libatkan semua 218 Ahli ParlimenKerajaan kekal subsidi bersasar, tolak cadangan harga minyak ikut pasaran – Amir Hamzah

“Saya akan berjumpa dengan keluarga Teoh Beng Hock minggu depan” – Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, mengumumkan bahawa beliau akan mengadakan pertemuan dengan keluarga mendiang Teoh Beng Hock pada minggu depan.

“Saya akan berjumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja dan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jelajah Bioekonomi Kebangsaan 2024 di Kuala Lumpur hari ini.

Anwar menegaskan hasratnya untuk berjumpa dengan keluarga bekas setiausaha politik Exco Selangor dari DAP itu, mengikut kenyataan terbarunya di media sosial.

Pada Isnin yang lepas, Perdana Menteri melalui platform X memberi jaminan bahawa beliau akan meneliti tuntutan yang terkandung dalam memorandum yang akan diserahkan kepadanya di Parlimen.

Teoh Beng Hock ditemui mati pada 16 Julai 2009 di tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor, selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 bangunan yang sama.

Pada tahun 2011, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) kes itu membuat keputusan bahawa kematian Teoh disebabkan oleh bunuh diri hasil dari siasatan SPRM.

Topikanwar ibrahimDAP

Berita berkaitan