Selasa, 3 November 2026
TERKINI
Jais: Kandang penyembelihan ayam di Puchong dipercayai dikendalikan beberapa syarikatNaib presiden MCA kritik Wong Kah Woh isu pengurangan waktu Bahasa Cina di SJKCKerajaan peruntuk lebih RM200 juta untuk sambungan ECRL ke Rantau PanjangWang tak dituntut cecah lebih RM14 bilion setakat September 2026 – Amir HamzahTiada pemain JDT dalam skuad Harimau Malaya, Cheng Hoe panggil 24 pemain ke China11 universiti Malaysia dalam 100 teratas Asia, UKM masuk 20 terbaik buat kali pertamaMana perginya janji 50 peratus cukai vape untuk kesihatan? Ahli Parlimen persoalHadi kaitkan CSA dengan 'pendekatan Dajjal di akhir zaman'Kumpulan masyarakat sivil gesa pakatan lapan reformasi libatkan semua 218 Ahli ParlimenKerajaan kekal subsidi bersasar, tolak cadangan harga minyak ikut pasaran – Amir Hamzah

PRK Dun Nenggiri: Umno sedia letak calon untuk bertanding

KUALA LUMPUR: UMNO Kelantan telah mengesahkan bahawa mereka bersedia untuk menyiapkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri yang akan datang.

Ketua Penerangannya, Datuk Zawawi Othman, menyatakan bahawa UMNO akan berusaha sebaik mungkin untuk merebut semula kerusi tersebut dari Perikatan Nasional (PN).

“Jika berlaku PRK susulan pengumuman kekosongan kerusi DUN Nenggiri semalam, kita memang sudah bersiap sedia untuk berdepan situasi berkenaan.

“Mungkin UMNO akan bertanding di kerusi berkenaan dan kita bersedia meletakkan calon yang terbaik bagi mendapatkan semula kerusi berkenaan.

“Apa yang pasti kita akan melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin dan selebihnya terserah kepada rakyat yang menilai,” katanya memetik laporan BH Online.

Pengumuman kekosongan kerusi DUN Nenggiri telah dibuat oleh Yang di-Pertua DUN, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah selepas menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan dari seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menandakan keahlian Mohd Azizi Abu Naim terhenti pada 13 Jun lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menetapkan tarikh PRK pada 28 Jun ini untuk memilih wakil baru bagi DUN Nenggiri.

Sejarah kerusi ini bermula pada 2004 dan merupakan salah satu dari tiga kerusi di bawah Parlimen Gua Musang yang pernah disandang oleh Mohd Azizi.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) terbaru, wakil Perikatan Nasional (PN) termasuk Mohd Azizi telah berjaya memenangi dua daripada tiga kerusi, iaitu DUN Nenggiri dan DUN Paloh, menggunakan logo Pas, memecah dominasi UMNO dan Barisan Nasional (BN).

TopikDun Nenggiriprkumno

Berita berkaitan